PENCUCI MULUT

KEK KAREMEL COKLAT



Resepi dari : Kak Izah


Sedap woo kek ni bila mkn sejuk2.. sbb kek ni kena simpan dlm peti ais.. sbb ada karamel la katakan..

Ni resepinya ye :

BAHAN KARAMEL:STEP 1:2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.. pandai2 korang le senget2kan loyang tu time masak kasi karamel tu tak selonggok kat tgh2 aje.. dah siap ketepikan..

STEP 3:1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
****kalau nk karamelnye tebal,tambahkan susu cair dan kuning telur

(aku guna resepi karamel dari ANNA QAWINA yg tebal yg kat bwh ni)1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ aku guna 3/4 cwn aje.. takmo manis sgt..1 sudu teh esen vanila3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

STEP 4:kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min ~ aku guna kaedah kukus.. lg senang.. kukus sampai masak le.. dlm stgh jam kot..

****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOISTBHN A :1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend (aku blend sekejap)

CARA :~ satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

~ tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi

~ bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2... ( aku kukus sampai kek tu betul2 masak.. dlm 1 jam stgh kot..)

~ dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru di terbalikkan kek.. simpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan






PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.




Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/puding-roti-marble-coklat.html#ixzz2TcRQgVow





Tiada ulasan:

Catat Ulasan